KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai rasional kukuh untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang stabil pada 3.0 peratus menjelang 2024 dan berkemungkinan selepas tempoh itu, tanpa mengambil kira cabaran luar jangka.
Kenanga Research dalam nota penyelidikan hari ini berkata pandangan berkenaan adalah berdasarkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan bank pusat utama lain akan mengekalkan kadar dasar semasa untuk tempoh lebih lama berikutan inflasi tinggi yang berterusan.
"Kami menjangkakan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat sehingga menyebabkan ketidaktentuan makroekonomi yang kian bertambah, berupaya menyuramkan isyarat pemulihan yang kelihatan dalam perdagangan dan pertumbuhan global. Ini akan menguatkan pendirian dasar semasa BNM meskipun untuk tempoh lebih lama.
"Selain itu, ada justifikasi dalam peralihan dasar berikutan keyakinan bahawa ia telah memuktamadkan kitaran normalisasi kadarnya, satu keputusan yang diperlihatkan oleh isyarat yang berlaku bagi meredakan tekanan inflasi.
Menurut firma penyelidikan itu, situasi ini akan mengawal sebarang kecenderungan untuk menaikkan kadar faedah dan memberi peluang kepada BNM memberi tumpuan untuk memperkukuh kestabilan kewangan ketika berdepan dengan ketidaktentuan luaran.
Maybank Investment Bank dalam nota berasingan pula berkata Pernyataan Dasar Monetari terkini oleh bank pusat memaparkan bahawa BNM menyifatkan risiko peningkatan dan penurunan terhadap pertumbuhan dan inflasi adalah seimbang.
"Sambil meneruskan penilaian terhadap pertumbuhan global yang berterusan walaupun dijejaskan oleh inflasi dan kadar faedah tinggi serta risiko penurunan seperti risiko geopolitik dan keadaan kewangan yang terhad, pernyataan BNM itu turut menekankan kepada isyarat awal pemulihan dan peningkatan sektor elektrik dan elektronik di China walaupun pasaran hartanah adalah lembap.
"Kami menjangkakan OPR kekal pada 3.0 peratus pada 2024 berikutan ramalan semasa kami bahawa terdapatnya peningkatan sederhana dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 4.4 peratus dan kadar inflasi pada 3.0 peratus," katanya.
Sementara itu, firma penyelidikan BMI yang juga unit Fitch Solutions berpandangan bahawa bank pusat akan mengambil langkah berwaspada apabila melonggarkan dasar monetari dengan lebih awal.
"Keputusan mesyuarat Fed baru-baru ini pada November membayangkan kepada potensi kenaikan kadar yang terakhir pada Disember. Kemungkinan keadaan ini telah diberikan perhatian oleh BNM, dengan menegaskan bahawa persekitaran kadar faedah tinggi di AS terus menyebabkan tekanan menurun yang ketara kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
Menurut Kenanga Research, situasi ini akan mengawal sebarang kecenderungan untuk menaikkan kadar faedah. - fotoBernama
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
BNM mungkin kekalkan OPR sepanjang 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus sepanjang 2024.
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Jumlah pelancaran baharu, tempahan pacu sektor automotif tahun ini - Kenanga Research
Sektor automotif dijangka mengekalkan aliran menyamai 2023 tahun ini, berdasarkan faktor pendorong seperti pelancaran baharu yang kukuh.
Margin industri pembinaan dijangka bertambah baik pada tahun ini - Kenanga Research
Industri itu juga bersedia bagi mencatat margin lebih baik apabila kontrak-kontrak baharu diperoleh dan turut menggambarkan inflasi kos.
Kenanga Research: BNM ada rasional kukuh kekal OPR pada 3.0 peratus menjelang 2024
BNM mempunyai rasional kukuh untuk mengekalkan OPR yang stabil pada 3.0 peratus menjelang 2024 dan berkemungkinan selepas tempoh itu, tanpa mengambil kira cabaran luar jangka.
Kenanga Research kekal berhati-hati berikutan jangkaan kemerosotan sektor pembuatan
Firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga 2023 (3Q23) pada 1.7%.
Perbelanjaan periklanan dijangka kembali normal selepas catat peningkatan besar semasa PRN
Firma penyelidikan itu menjangkakan perayaan utama (iaitu Deepavali, Krismas dan malam Tahun Baru) akan memberikan lonjakan bermusim kepada hasil pengiklanan pada suku keempat 2023.
Kerajaan dijangka unjur sasaran KDNK lebih tinggi menerusi Belanjawan 2024 - Kenanga
Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan kerajaan mengunjurkan sasaran pertumbuhan KDNK 2024 yang lebih tinggi, kemungkinan di antara 5.0 peratus dengan 5.5 peratus.
Kereta baharu masih mewah untuk dimiliki bagi kebanyakan isi rumah di Malaysia - Kajian
Menurut firma itu, keterlihatan pendapatan industri masih kukuh, disokong tempahan tertunggak sebanyak 235,000 unit.